Bahagian Ukur Bahan Dan Pengurusan Kontrak

PENGENALAN BAHAGIAN :

Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak merupakan satu bahagian yang menjalankan tugas-tugas sokongan kepada lain-lain bahagian JPS Pulau Pinang dalam melaksanakan projek-projek yang diamanahkan oleh kerajaan. Secara ringkas bahagian ini adalah bertanggungjawab bagi memastikan pembahagian projek-projek dibuat secara adil dengan mengikut peraturan yang digariskan dalam arahan Perbendaharaan dan juga bagi memastikan pentadbiran kontrak projek-projek tersebut berjalan lancer serta mengikut peraturan-peraturan yang betul. Selain itu, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak bertanggungjawab secara tidak langsung dalam memberikan khidmat nasihat yang diperlukan kepada sesiapa yang berkenaan.

OBJEKTIF BAHAGIAN :

Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan yang efektif untuk memastikan projek-projek JPS Pulau Pinang dilaksanakan dengan adil, efisien dan telus serta memenuhi cirri-ciri pertanggungjawaban awam selaras dengan dasar-dasar kerajaan terkini.