Bahagian Korporat & Pengurusan Teknologi Maklumat

PENGENALAN BAHAGIAN :

Fungsi

 
  • Pemantauan, perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan jabatan termasuk penggubalan perancangan strategic serta pelan tindakan jabatan bagi memastikan segala objektif kerajaan dan jabatan tercapai.
  • Pemantauan dan penilaian impak serta keberkesanan perlaksanaan program-program jabatan bagi memastikan keperluan dan kepuasan hati pelanggan dipenuhi.
  • Pengurusan perhubungan awam termasuk pemantauan aduan-aduan dari pelanggan bagi memastikan piagam pelanggan dipatuhi.
  • Pengurusan maklumat-maklumat berkaitan perancangan dan pembangunan fungsi-fungsi jabatan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat.
  • Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan berinformasi kepada jabatan dan masyarakat.


Perkhidmatan

 
  • Menyelaras aduan awam yang diterima melalui telefon, surat, e-mel, akhbar, system e-pintas, webmail JPS Malaysia, JPS Careline dan laman web JPS Pulau Pinang.
  • Menyediakan laporan kewangan jabatan.
  • Menyelaras semua urusan berkaitan persidangan DUN
  • Menyelaras sistem pemantauan projek (SPPN) dan (SPP II)
  • Menyediakan maklumbalas kepada laporan media yang melibatkan jabatan termasuk menguruskan sidang media. 

 


OBJEKTIF BAHAGIAN :

Memastikan perlaksanaan dasar yang berkesan dan jelas, sumber rujukan maklumat yang lengkap, tepat dan cekap, program pembangunan, pemantauan dan penilaian mencapai sasaran dan imej jabatan yang unggul.