English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

JPS Negeri Pulau Pinang

JPS Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1964 telah mengorak langkah yang lebih jauh bagi merialisasikan hasrat kerajaan di dalam pembangunan negeri dan mengatasi masalah dan cabaran mendatang dengan adanya tenaga kerja yang sentiasa komited di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Dengan mengamalkan tiga nilai korporat iaitu Kualiti, Intigriti dan Prihatin di dalam tugas harian, seluruh anggota JPS Pulau Pinang sentiasa komited dan menyediakan perkhidmatan yang cekap di dalam bidang Pengairan dan Saliran Pertanian, Pengurusan Pantai dan Sungai, Pengurusan Banjir dan Saliran Mesra Alam, Mekanikal dan Hidrologi untuk pembangunan dan pengurusan sumber air yang dapat memberikan sumbangan bagi sektor pertanian, kualiti hidup dan alam sekitar

Dengan Motto Jayakan Perkhidmatan Sempurna, JPS Pulau Pinang sentiasa bersedia dan berusaha bagi merialisasikan misi Jabatan iaitu menjadi antara Organisasi Sektor Awam yang Terunggul Di Dunia.

JPS Pulau Pinang telah banyak menerima penganugerahan dan pengiktirafan samada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 47 tahun penubuhannya. Anugerah yang diterima ini telah menaikkan imej Jabatan. Antara anugerah tertinggi yang telah diterima oleh JPS Pulau Pinang ialah Anugerah Kualiti Ketua Pengarah JPS Malaysia 2007, 2009 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2007 Kategori Penyelidikan Bersama Swasta (AIPB).

Manakala diperingkat antarabangsa, anugerah yang telah diterima ialah Pingat Emas dengan Kepujian, (Gold Medal with Distinction) bagi produk Geoprotect KSN 1/2000 di International Exhibition on New Techniques and Products di Geneva, Swirtzeland tahun 2004, Silver Medal Award bagi Projek Struktur Kawalan Hakisan Pantai “Coastal Secure Block” pada International Exhibition on New Techniques and Products di Geneva, Switzerland tahun 2007 dan Silver Medal untuk Produk Pagar Keselamatan ‘Ultra Gal Guard Rail’ pada International Exhibition on New Techniques and Products di Geneva, Swirtzerland 2008 dan Bronze Medal untuk Produk ‘Integrated Floatable Bridge’ pada International Exhibition on New Techniques and Products di Geneva, Swirtzerland.

JPS Pulau Pinang juga telah mendapat Persijilan MS ISO 14001 pada tahun 2001 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar di Skim Pengairan Sungai Muda yang merupakan skim pengairan pertama di dunia yang menerima persijilan ini. Pada tahun 2007, JPS telah menerima Persijilan MS ISO 14001 bagi pengurusan Sungai Pinang. Pada tahun 2009, JPS telah menerima Persijilan OSHAS bagi pengurusan Rumah Pam dan Pam Bergerak.

JPS juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelanggan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan. Di antaranya adalah kemudahan perhubungan dua hala, seperti panel perundingan, dialog, laman web JPS dan Hari Bertemu Pelanggan. Selain sesi penerangan melalui media cetak dan elektronik, JPS juga mempunyai 5 buah Pejabat di Daerah dan 2 buah Pejabat Projek untuk membolehkan pelanggan berurusan dengan JPS bagi menyelesaikan masalah-masalah setempat. Kemesraan dan kesopanan layanan yang diberi kepada pelanggan sentiasa diberi perhatian oleh pengurusan JPS melalui penubuhan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab untuk mendidik dan memantap kefahaman dalam amalan bersopan santun dan mesra pelanggan. Selari dengan kemajuan ICT, JPS Pulau Pinang turut mewujudkan Facebook yang diberi nama jpsmutiara, untuk menggalakkan maklumbalas serta aduan secara terus kepada JPS Pulau Pinang.

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply