Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO)
1. Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional
- Memacu Perancangan Strategik ICT Sektor Awam; dan
- Mengukuh tadbir urus ICT Sektor Awam.
2. Peneraju dalam Pengukuhan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global
- Memacu pemakaian (adoption) Enterprise Architecture (EA) dalam Sektor Awam;
- Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik;
- dan Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.
3. Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam.
- Memacu hala tuju penjajaran program ICT Sektor Awam.
4. Peneraju Inovasi melalui Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT
- Mengenal pasti perkhidmatan generasi baru (new generation services);
- dan Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan cross-agency.