English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

Majlis Perasmian Rumah Pam Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Disempurnakan Oleh Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 22 Januari 2022.

 

271741874 4705949422835879 5021135997128087190 n    271773650 4705949469502541 1782366817676022858 n    272082776 4705949909502497 5450236851097902364 n   272091320 4705950199502468 9050289810759861387 n   272220806 4705949996169155 5746369050005047138 n   272276872 4705949652835856 538769149700612832 n  272427333 4705950709502417 5707472707688350567 n

LAWATAN KERJA YB. TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR SERTA PENYERAHAN RUMAH PAM DAN JAMBATAN JKR, PROJEK TEBATAN BANJIR TELUK KUMBAR, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.

 

Pada 12 Februari 2022, YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar Air telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir Teluk Kumbar yang telah siap pada 10 Disember 2021. Lawatan tersebut yang diiringi oleh Ir. Zainuddin Bin Yusoff, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang, turut dihadiri oleh Ir. Rozman Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, dan Ir. Rosazlan Bin Abu Seman, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal dari JPS Malaysia, Dato’ Azman bin Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan YB Azrul Mahathir Bin Aziz, ADUN Bayan Lepas.

Pada lawatan ini juga diadakan Majlis Penyerahan Rumah Pam dan Juga Jambatan JKR masing-masing kepada Jurutera Daerah, JPS Barat Daya dan Jurutera Daerah, JKR Barat Daya.

Projek ini merupakan salah satu projek tebatan banjir yang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan Jabatan Pengairan dan Saliran selaku agensi pelaksana. Perancangan projek bermula pada tahun 2013 berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rekabentuk rumah pam telah disiapkan pada 2017 oleh perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui JPS Pulau Pinang. Kerja fizikal dimulakan pada 17 Jun 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Disember 2021 dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Skop Utama Projek

1. Pembinaan Rumah Pam dengan Kapasiti Pam 9.0 m3/s (3 x 3.0m3 /s) berserta Pintu Kawalan Air Pasang Surut;

2. Pembinaan Bangunan Pencawang TNB, Bilik Operasi dan Laluan Keluar Masuk;

3. Tembok penahan L-unit berukuran 3.66m tinggi x 3.52m lebar sepanjang kiri dan kanan muara sungai beserta pagar Anti Climb; dan

4. Menaiktaraf Jambatan Jalan Gertak Sanggul (skop tambahan)

 

273643748 251697107136710 5820138273131826850 n     273629026 251697203803367 956655575370985417 n     273538288 251697263803361 5673277332739861443 n

 

273506432 251697123803375 153390870670341429 n   273331835 251697170470037 8156232909706132906 n    273041957 251697237136697 5579707275348391516 n

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply