English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

45396846 2043894342342045 3015498746134790144 o

________________________________________________________________________________________________________________________________________

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TEBATAN BANJIR BAYAN BARU,

DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG

________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

               Pada 5 November 2018, telah diadakan Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bayan Baru, Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir pada majlis pagi ini adalah EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Dan Pembangunan Keusahawanan, YB Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain, Dato BandarMajlis Bandar Raya Pulau Pinang (MBPP), Dato Ar. Yew Tung Seang, Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Husin, pegawai-pegawai kanan JPS Pulau Pinang serta wakil-wakil Jabatan yang dijemput.

               Projek Tebatan Banjir Bayan Baru ini merupakan Projek di bawah Peruntukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berjumlah RM20.1 Juta. Projek Tebatan Banjir ini meliputi pembinaan sebuah rumah pam berkapasiti 12m3/s, pembinaan Collector Drain sepanjang 1,250m, menaiktaraf Road Side Drain sepanjang 3,500m dan pembinaan Box Culvert Jacking sepanjang 140m. Keempat-empat komponen ini akan membantu mengurangkan banjir yang sering berlaku di Jalan Mahsuri, Persiaran Mahsuri 1, Persimpangan Jalan Tun Dr. Awang, Jalan Mayang Pasir, Jalan Tengah, Jalan Dato Ismail Hashim dan secara tidak langsung akan mengurangkan magnitud dan skala banjir di hulu Sg. Relau.

 

       45224350 2043894415675371 3786114564500750336 o      45325764 2043894319008714 8116234063284535296 n    45355557 2043894545675358 8500163204213637120 o

       

       45424022 2043894512342028 3192354517152694272 o      45431011 2043894335675379 1007659409939103744 o (1)      45496835 2043894425675370 4748561944636555264 o

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply