WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.01 PM

 


 

Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 


 Pulau Pinang, 26 dan 27 Disember 2017. Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Ir Dr Hj Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar ke Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar YBhg Dato' Hj Suhaimi Bin Hj Mamat diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia YBhg Dato' Ir Hj Md Nasir Bin Md Noh.

 

WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.02 PM

 

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang En Mohd Azmin Bin Hussin. Sewaktu lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh JPS Pulau Pinang berkenaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam Daerah Barat Daya. Rombongan YB Menteri juga turut dibawa melawat ke tapak cadangan projek RTB tersebut.

 

WhatsApp Image 2017 12 28 at 8.01.54 AM