170501 Sirens



Ujian Siren Tsunami Di Seberang Perai Utara


 


KEPALA BATAS – Kerja penyelenggaraan dan pengujian siren tsunami bagi menguji tahap kemampuan sistem itu 
akan

dijalankan esok di dua lokasi di Seberang Perai Utara (SPU).

Jurucakap polis berkata kerja-kerja itu membabitkan siren di Masjid Hidayah Kuala Muda, Penaga di sini dan Masjid Bagan Selat, Butterworth pada pukul 9 pagi esok.

Katanya penyelenggaraan dan pengujian yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu adalah untuk memastikan sistem berkenaan berada pada tahap yang memuaskan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang ketika pengujian dijalankan. – BERNAMA