English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

 

KENYATAAN MEDIA BANJIR KILAT DI PULAU PINANG PADA 15 SEPTEMBER 2017 OLEH YB TUAN CHOW KON YEOW

EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PENGURUSAN LALULINTAS DAN TEBATAN BANJIR

 

Chow Kon Yeow 27062013

 

Saya ingin memaklumkan bahawa kejadian banjir telah berlaku pada 15 September 2017 di semua daerah di Pulau Pinang iaitu Daerah Barat Daya, Daerah TimurLaut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan. Kejadian banjir yang berlaku pada 15 September 2017 adalah dari jam 5.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Jumlah hujan yang diterima oleh Negeri Pulau Pinang adalah tinggi pada kali ini disebabkan oleh fenomena musim inter monsoon di mana negeri-negeri bahagian utara Semenanjung dijangka akan menerima hujan yang agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Jumlah hujan yang tertinggi yang dicatitkan oleh stesen hujan JPS adalah di Daerah Timur Laut iaitu sebanyak 198 mm (Stesen Sungai Pinang) dan di Daerah Barat Daya sebanyak 175 mm (Stesen Empangan Telok Bahang) di dalam tempuh 4 jam. Manakala di daerah–daerah lain menerima hujan yang lebat di antara 60-120 mm. Sehingga kini hujan yang telah diterima di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 80% daripada purata tahunan hujan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 2500mm setahun ( + 20% dari nilai purata). Baki hujan adalah sebanyak 20% lagi ( + 600mm) dijangka turun pada hujung tahun ini dari September hingga Disember.

Hujan yang turun pada hari ini adalah purata 100mm dalam tempoh 4 jam melebihi kategori hujan amat lebat iaitu 60mm sejam.

Kawasan-kawasan yang telah mengalami banjir antaranya adalah seperti berikut:

A) DAERAH BARAT DAYA
Lokasi yang terlibat antaranya adalah Kampung Naran, Kampung Sulup, Kampung Nelayan, Kampung Paya, Persiaran Relau, Jalan Dato’ Ismail Hashim,Jalan Sultan Azlan Shah,Taman Iping,Jalan Tengah, Bayan Baru,Rumah Murah Kg.Nelayan,Lintang Jalan Tengah Pondok Upeh, Sungai Batu Emas Kongsi,Sungai Pinang, Telok Bahang, Sungai Rusa, Taman Manggis, Kampung Masjid,Sungai Burong, Kuala Jalan Baru, Flat Asenia, Kampung Sungai dan Taman Seri Indah,

B) DAERAH TIMUR LAUT
Lokasi banjir yang terlibat adalah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Jalan P.Ramlee, Jalan Langkawi, Jalan Kebun Lama, Masjid Negeri Air Itam, Kg.Masjid Hashim Yahya,Astaka Stadium, Parit Lumba Kuda, Jalan Maccllum, Jalan Tun Sardon, Sungai Relau, Halaman Bukit Gambir, Padang Sasar Sungai Dua, Lebuhraya Thean Tek, Minden Height Sg.Gelugor, Jalan Kampung Jawa,Jalan Ismail Hj.Mat, Lorong Tampin, Kajang Road, Solok Van Pragh, Taman Free School, Kg.Mutiara Batu Feringghi dan Lembah Ria.

C) DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Lokasi banjir yang terlibat adalah di Taman Cantek ,Sekolah Tamil Mak Mandin, Flat Hijau Mak Mandin dan Kawasan kilang Mak Mandin. Bilangan rumah yang terlibat adalah sebanyak 50 buah.

D) DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Lokasi banjir yang terlibat adalah Kampung Kuala Mengkuang, Kampung Ptg.Rawa, Jalan Tembikai,Jalan Baru / Kg.Tok Panjang, Taman Siakap, Taman Senangin, Jalan Chai Leng, Jalan Pala / IKS Ptg.Tinggi, Taman Sukun / Amra, BORR,Permatang Nibong, Jalan Bukit Tengah (berhampiran Shell),Tanah Liat,Taman Guru dan Kubang Semang.

E) DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Lokasi banjir yang terlibat adalah Kampung Nenas Sungai Kechil, Kampung Sethu, Kampung Titi Hitam dan Kampung Pengkalan

Kejadian banjir ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor utama seperti berikut:
(a) Jumlah taburan hujan yang tinggi dan menyeluruh yang diterima oleh seluruh Negeri Pulau Pinang dan air pasang sedang menaik mulai jam 5.00 pagi (1.8m – 2.1m) dan mulai surut jam 12.00 pagi
(b) Sebahagian dari sungai-sungai dan sistem saliran di taman-taman dan kampung-kampung sediada tidak dapat menampung jumlah kadar alir aliran permukaan akan hujan lebat tersebut.
(c) Masih terdapat banyak kemudahan utiliti yang telah dibina menyeberangi sungai dan parit utama adalah rendah dan menghalang aliran air semasa hari kejadian.
(d) Masih terdapat banyak sampah dari domestik, industri dan pertanian yang masih dibuang ke dalam sungai dan parit monsoon. Isu ini menyebabkan sistem saliran tidak berfungsi dengan baik terutamanya apabila melibatkan rumah pam.

TINDAKAN PENYELESAIAN

1. Kerajaan Negeri melalui
JPS dan PBT akan terus melaksanaan projek-projek tebatan banjir di kawasan ‘hot spot’ banjir di seluruh Negeri Pulau iaitu menggunakan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM 300 juta. Pelaksanaan projek-projek ini dijadualkan akan bermula pada suku tahun keempat 2017 dan dijangka akan mengambil masa 2-3 tahun. Kerja-kerja pencegahan dan penyelengaraan juga akan diteruskan bagi memastikan agar sistem saliran sediada berada di dalam keadaan baik.

2. Kempen kesedaran alam sekitar terutamanya yang melibatkan kempen jangan membuang sampah kedalam sungai akan dipergiatkan lagi oleh Kerajaan Negeri bagi memaklumkan orang ramai tentang kesan membuang sampah kedalam sungai.

3. Kerajaan Negeri akan mengenalpasti kawasan sungai dan saliran yang mengalami ‘bottle neck’ akibat dari pembinaan utiliti yang dibina tidak mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pihak syarikat utiliti akan diarahkan untuk mengalihkan kesemua kemudahan utiliti dengan kos ditanggung sendiri oleh syarikat-syarikat tersebut.

Saya amat berharap agar pihak masyarakat dan media memahami bahawa Kerajaan Negeri amat serius untuk menangani isu banjir ini dan akan melaksanakan Projek Tebatan Banjir iaitu Projek High Impact untuk menanggani masalah banjir di 47 kawasan Hot Spot banjir.

 

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply