Malay Chinese (Simplified) English

green blue red black

  Pilihan Warna:
A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

MS ISO 9001:2004 bagi Pengurusan Data Hidrologi

Pengurusan Data Hidrologi

 

Menyedari hakikat bahawa air merupakan sumber yang amat penting untuk pembangunan sosio ekonomi negara yang mampan, fungsi hidrologi dan penilaian sumber air telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sejak tahun 1972.

Keperluan data hidrologi yang berkualiti dan berterusan menjadi lebih penting untuk menjamin perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air negara berjalan lancar. Kegagalan memungut dan membekalkan data yang berkualiti akan menjejaskan pembangunan sumber air pada masa akan datang.

Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, Jabatan Pengairan dan Saliran kini mengendalikan dan menyelenggarakan satu rangkaian stesen hidrologi untuk tempoh jangka panjang untuk tujuan memungut, mengumpul-semak, memproses, menganalisis dan menyebar data-data dan maklumat hidrologi untuk pengguna yang terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta.

Pemungutan data hidrologi di JPS dilaksanakan di peringkat JPS negeri menurut satu program pencerapan hidrologi nasional yang dilaksanakan oleh JPS negeri diselaraskan di peringkat Persekutuan. Manakala pemprosesan data dan penyebaran data pula dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

JPS Pulau Pinang di bawah Unit Hidrologi dan Sumber Air mengendalikan aktiviti hidrologi untuk 21 stesen curahan hujan, 2 stesen aras air, 2 stesen sukat luah dan 17 stesen hujan (manual). Data hidrologi yang dipungut oleh kakitangan Unit Hidrologi dan Sumber Air di JPS Pulau Pinang masing-masing daripada stesen-stesen tersebut dikemukakan ke Unit Pengurusan Maklumat, Seksyen Pengurusan Stesen Hidrologi dan Maklumat, Bahagian Hidrologi dan Sumber Air (BHSA), di Ibu Pejabat JPS. Data-­data hidrologi yang diterima disemak, diproses, diarkib dan disebarkan kepada pengguna sama ada berdasarkan permohonan atau pun menerusi penerbitan-penerbitan berjadual.

Polisi Kualiti BHSA

JPS beriltizam memastikan semua pelanggan dibekalkan dengan data hidrologi yang diperlukan melalui perkhidmatan pengurusan data hidrologi yang berkualiti secara berterusan untuk memenuhi kehendak pelanggan ke arah meningkatkan keberkesanan sistem kualiti secara berterusan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif Kualiti

Bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan luaran dan dalaman ke arah mencapai perancangan berkualiti;

JPS Malaysia bertanggungjawab mencapai objektif kualiti dengan memastikan pengurusan data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Negara sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk pembangunan negara yang mapan dengan iltizam berikut:

  1. Memungut semua jenis data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional dengan tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang daripada 92% dan mengemukakannya ke Bahagian Hidrologi dan Sumber Air dalam tempoh 45 hari dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pedalaman dan 90 hari bagi stesen pedalaman.
  2. Membekal data hidrologi menurut spesifikasi dan jadual seperti yang telah ditetapkan dalam masa 7 hari bekerja.
  3. Mengurangkan aduan pelanggan ke tahap tidak lebih 10% setahun dari jumlah keseluruhan permohonan.
  4. Menyediakan Laporan Banjir semasa dalam tempoh 24 jam.
  5. Menyediakan Laporan Pemantauan Kemarau setiap 2 minggu pada musim kemarau atau setiap 1 bulan pada musim biasa.

Memastikan kumpulan sokongan menghadiri kursus yang berkaitan Hidrologi sekurang-kurangnya sekali setahun.