1.0 Hakisan Pantai  

Berdasarkan Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan 1986, garis pantai Malaysia dikelaskan ke dalam tiga kategori hakisan berdasarkan ancaman terhadap kemudahan di pesisir sedia ada dengan nilai ekonomi besar ditakrifkan seperti berikut:    

Kategori 1: Garis pesisir yang pada masa ini berada dalam keadaan hakisan dan tempat kemudahan atau infrastruktur berasaskan pesisir berada dalam bahaya keruntuhan atau kerosakan langsung.

Kategori 2:Garis pesisir yang terhakis pada kadar di mana harta benda awam dan tanah pertanian yang bernilai akan menjadi terancam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun melainkan tindakan pemulihan diambil;

Kategori 3:Garis pesisir yang belum dimajukan mengalami hakisan tetapi dengan tiada akibat atau kerugian ekonomi yang kecil jika dibiarkan.

1.1 Punca Hakisan  

Hakisan pantai terjadi secara semulajadi dan berpunca dari perbuatan manusia. Dalam keadaan semulajadi, pantai mengalami kitaran dan pemendapan tetapi dalam tempoh masa yang lama, pantai dianggap stabil jika kedudukan minnya kekal tidak berubah. Dalam kebanyakan kes, punca hakisan ialah disebabkan aktiviti manusia yang memberi kesan langsung atau kesan sampingan terhadap kawasan pantai dan pesisirnya. Antara punca-punca hakisan disenaraikan di bawah ini:  

a) Punca hakisan – semula jadi   

        a. Ribut utama semasa air pasang

b) Punca hakisan – buatan manusia   

  •         Pelabuhan
  •         Marina
  •         Jambatan, dan lain-lain

1.2 Langkah-langkah Tebatan Hakisan Pantai

a) Kejuruteraan Berstruktur

i.   Lapis Lindung

ii.   Groin

iii.  Pemecah Ombak

iv.  Blok Konkrit

v.  Tembok Pengawal Muara

b) Kejuruteraan Tanpa Struktur 

i.   Penambakan Pasir Pantai

ii.  Penanaman semula bakau

iii. Geotekstil Tiub

iv. Modul Penyamaan Tekanan